12 May 2011

Program Jalinan Mesra


Minggu ini adalah minggu yang paling panjang kerana tiada cuti hujung minggu untuk guru-guru dan pelajar. Pada 23/4 adalah hari ganti persekolahan...manakala 24/4 SK Changkat Jawi mengadakan Program Jalinan Mesra 2 Negeri 2 Sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah kayuhan basikal dari SK Changkat Jawi ke SK Dato' Syed Nahar, Kodiang, Kedah.

Sepanjang minggu ini, makmal citaku amat sibuk sebagai tempat membuat persiapan program tersebut. Walaupun begitu, kelas ict dijalankan seperti biasa.


Aktiviti Kelas ICT


Latihan menggunakan Microsoft Office Word - latihan menaip berita daripada keratan akhbar dan belajar membuat column.

15 April 2011

Ceramah Penjagaan Gigi

Aktiviti : Ceramah Penjagaan Gigi
Tempat : Makmal cITaKU SK Changkat Jawi
Penglibatan : Pelajar Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6 - 1 kelas setiap 1 sesi)
Tarikh : 14 April 2011
Masa : 9.00 am - 10.15 am


14 April 2011

Aktiviti Kelas ICT

Antara aktiviti yang dijalankan dalam kelas komputer di makmal cITaKU :

Tahun 1 : Pengenalan kepada komputer
Tahun 2 : Asas Paint
Tahun 3 : Asas Publisher
Tahun 4 : Asas Microsoft Office Powerpoint ( 2 weeks )
Tahun 5 : Melukis menggunakan Paint ( ramai pelajar tidak dapat hadir kelas kerana terlibat latihan choral speaking )



Aktiviti mengenal perkakasan komputer untuk pelajar tahun 1.

Pelajar tahun 3 bergambar bersama ahli kumpulan dan hasil kad ucapan untuk guru mereka.

Pelajar tahun 5 sedang menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan slide presentatation.

08 April 2011

Bengkel: Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga

Aktiviti : Bengkel Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga
Tempat : Makmal cITaKU SK Changkat Jawi.
Tarikh : 7 April 2011
Masa : 1.00 pm - 3.00 pm
Kehadiran : Semua guru SKCJ, kakitangan serta IT fasilitator.

|
|
(Gambar akan dimuat naik kelak: masalah internet slow)

01 April 2011

Jadual Kelas Komputer Terkini

Jadual terkini kelas komputer makmal cITaKU. Perubahan ini dilakukan kerana pelajar tahun 6 sudah memulakan kelas tambahan sebelah petang.Jadual baru ini juga memberi peluang kepada pelajar tahap 1 (tahun 1,2 dan 3) mengikuti kelas komputer tidak seperti jadual sebelumnya.

Hari

Masa

Kelas

Isnin

4.45 – 5.30

Tahun 2

Selasa

4.45 – 5.30

Tahun 1

Rabu

2.30 – 3.30

Tahun 3

3.30 – 4.30

Tahun 5

Khamis

-

Aktiviti guru/komuniti

Jumaat

2.30 – 3.30

Tahun 4 (A)

3.30 – 4.30

Tahun 4 (B)


** Ini hanyalah jadual kelas komputer sebelah petang. Pada sesi pagi ( 7.45 am - 2.30 am) kebiasaanya guru akan membuat tempahan kelas jika kosong untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pelajar serta kelas PnP.

31 March 2011

Mesyuarat PIBG ke-11

Aktiviti : Mesyuarat Agung PIBG ke 11
Tempat : SK Changkat Jawi, Perlis
Masa : 2.30 PM - 5.00 PM