21 December 2009

Taklimat di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis

21 Disember 2009 :: Semua IT fasilitator Perlis, Cik Linda (NCIA) dan En. Shah (Ketua IT fasilitator) terlibat dengan taklimat bersama En. Mohd Kadri B Ibrahim (Ketua Unit Pengurusan Maklumat dan ICT ) dan En. Mohd Redzuan B Sheriff (Ketua Unit Pengurusan Teknikal). Antara agenda yang dibincangkan adalah:
  • Pihak JPN minta IT fasilitator memberi kerjasama kepada pihak sekolah terutama sekali dari masalah komputer.
  • Etika pemakaian, pertuturan dan kerja perlu dijaga semasa menjalankan tugas di sekolah.
  • Sementara kabin siap, IT fasilitator akan ditempatkan di makmal sekolah yang sedia ada.
  • IT fasilitator akan diberikan slot semasa mesyuarat agong PIBG bagi memberitahu ibu bapa/wakil PIBG tentang wujudnya projek cITaKU Lab di sekolah dan manfaatnya kepada sekolah serta masyarakat sekitarnya.
  • IT fasilitator perlu merekodkan kedatangan setiap hari mengikut sistem yang dipakai di setiap sekolah.
  • IT fasilitator mungkin akan dipanggil oleh JPN untuk menghadiri kursus-kursus peningkatan kemahiran terutama dari segi teknikal.
" BERKHIDMAT DENGAN AMANAH "

19 December 2009

Salam Perkenalan

Hi semua..
Salam perkenalan dari saya, IT fasilitator cITaKU Lab SK Changkat Jawi.Pada masa ini, pembinaan kabin masih belum bermula. Namun IT Fasilitator untuk fasa yang ke-2 telah ditempatkan disekolah masing-masing. Saya ingin berkongsi dengan kalian lokasi cadangan untuk pembinaan kabin cITaKU Lab SK Changkat Jawi.