30 May 2011

Renovation


Renovation yang mula dilakukan di makmal cITaKU SK Changkat Jawi.

Aktiviti Kelas ICT



Latihan pengetahuan menggunakan keyboard dengan membuat latihan menaip bagi pelajar tahun 3.

29 May 2011

Logo Sekolah

Sedikit perubahan dilakukan ke atas logo sekolah yang asal atas arahan Guru Besar SK Changkat Jawi.
|
|
|
yang lama

|
|
|
|
yang baru




20 May 2011

Lawatan SKCJ ke Sekolah Ban Chebilang, Satun, Thailand

Pada 18 Mei 2011, SKCJ telah mengadakan lawatan ke Sekolah Ban Chebilang ,Satun Thailand. Lawatan dibuat berkaitan dengan status SKCJ sebagai aktiviti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Maklumat ringkas mengenai Sekolah Ban Chebilang, Satun, Thailand.
:: mempunyai lebih kurang 300 orang pelajar
:: mempunyai 23 orang guru
:: kelas merangkumi pra sekolah, tahun 1 - tahun 6, sehingga tingkatan 3.


Hadapan Sekolah Ban Chebilang.



Makmal komputer yang dilengkapi 15 unit Desktop dan mereka baru menerima bantuan kerajaan Thailand iaitu 20 unit laptop Acer yang baru.

16 May 2011

Sambutan Hari Guru 2011



Logo PKP Tambun Tulang

IT fasilitator telah ditugaskan oleh Guru Besar SKCJ untuk digitalkan logo Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tambun Tulang (PKP Tambun Tulang) yang telah direka oleh GB sendiri dan beberapa orang cikgu. Inilah hasilnya.....


Dan sekarang IT Fasilitator dalam proses re-create lencana sekolah SKCJ atas permintaan GB dan PK SKCJ.

14 May 2011

Aktiviti Kelas ICT

Antara aktiviti yang telah dijalankan di dalam kelas komputer adalah :

Tahun 3 : Membuat penanda buku menggunakan Microsft Office Word
Tahun 5 : Menggunakan CD interaktif pembelajaran Bahasa Melayu.
Tahun 4 : Asas membina jadual dan meltakkan gambar didalam jadual


12 May 2011

Program Jalinan Mesra


Minggu ini adalah minggu yang paling panjang kerana tiada cuti hujung minggu untuk guru-guru dan pelajar. Pada 23/4 adalah hari ganti persekolahan...manakala 24/4 SK Changkat Jawi mengadakan Program Jalinan Mesra 2 Negeri 2 Sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah kayuhan basikal dari SK Changkat Jawi ke SK Dato' Syed Nahar, Kodiang, Kedah.

Sepanjang minggu ini, makmal citaku amat sibuk sebagai tempat membuat persiapan program tersebut. Walaupun begitu, kelas ict dijalankan seperti biasa.


Aktiviti Kelas ICT


Latihan menggunakan Microsoft Office Word - latihan menaip berita daripada keratan akhbar dan belajar membuat column.